Wednesday, 13 November 2013

ABOUT ME

SOMETHING ABOUT ME


 NAMA  : KALAIMAGAL A/P PALU
                  NAVANETHA A/P SUHUMARAN
                  KOKILA DEVI A/P MUNIANDY
                  BHUVANISSRI A/P RAVINDRAN

KELAS   : 1 BERLIAN

CIKGU   : CIKGU ZAKWAN

SUBJEK : GEOGRAFI

PENGHARGAAN

Penghargaan

      Saya telah menghadapi pelbagai cabaran untuk melaksanakan blog ini dengan baik.Namun begitu saya berjaya melaksanakannya dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.
                                                                   
       Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru geografi Cikgu Zakwan yang telah banyak meluangkan masa untuk memberbimbingan dan penerangan yang jelas kepada saya bagi menghasilkan Blog Alam Sekitar ini sempurna.

      Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya.Mereka telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya untuk menyiapkan blog ini.Mereka bukan sahaja memberi sokongan dan galakan ,malahan juga menbantu saya dari segi kewangan untuk melaksanakan blog ini.

        Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya.Mereka telah banyak memberi buah fikiran serta dorongan yang menwujudkan insentif untuk melaksanakan blog ini.

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Pada  hari 7/11/2013 cikgu geografi saya ,
En . Zakwan memberi suatu tugasan tentang alam sekitar.Terdapat pelbagai perkara tentang alam sekitar.Bidangnya ialah alam sekitar.Melalui ini, kita boleh mengetahui tentang  pencemaran alam sekitar, cara cara  bagaimana mengatasi pencemaran alam sekitar, cara cara untuk manjaga alam sekitar dan sebagainya.Tugasan ini  membuat dalam satu kumpulan.Ahli kumpulan ini ialah Kalaimagal, Navanetha, Kokiladevi dan Bhuvanissri.Kami akan menyiapkan tugasan ini dan hantarkan pada hari 14/11/2013.Tujuan  membuat tugasan ini  ialah untuk menyedarkan tentang  alam sekitar dalam kalangan pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN



·        memberi keselesaan kepada manusia 
·        terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
·        membolehkan kita menyedut udara yang segar.
·        Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan.
·         Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan  suhu.
·        boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan.
·        keadaan bersih akan meningkatkan tahap     kesihatan kita.

·        memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman.

·        berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran.

·        Penanaman pokok-pokok bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.

·        hutan mengawal hakisan tanah dan banjir.

KAEDAH KAJIAN

    KAEDAH KAJIAN

a.        Saya mendapat maklumat   
      tentang pencemaran alam sekitar.

b.       Melalui pemerhatian ini saya dapat mengenal pasti kajian saya. 

c.   Temubual bersama penduduk kampung 
d.       Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat dan data penting tentang pencemaran udara.

CONTOH GAMBAR ALAM SEKITAR







KESAN PENCEMARAN

KESAN PENCEMARAN
Pencemaran udara terhadap kesihatan manusia
      Akibat daripada pencemaran udara, keshihatan manusia turut terjejas. Misalnya, penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi.Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun boleh membunuh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup. Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap di dalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar seperti Nitrogen Oksida (NO­2 ) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan cemar gas ozon (O3 ) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk, asap, kavus, wap atau bahan-bahan lain juga menjejaskan mata manusia dan menghalang penglihatan mereka.
Pencemaran air terhadap kesihatan manusia
Kesan-kesan daripada pencemaran air juga menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri., Bahan-bahan toksid yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air, hidupan air seperti rumpair akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar itu. Sebagai contoh, kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman akan menyebabkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.Selain itu, seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan. Ia dikenali sebagai penyakit Minamata.

Pencemaran Udara terhadap Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuklah Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat dalam kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini dikenali sebagai kesan ‘rumah hijau’.
   Pencemaran Udara terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorokarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Penipisan lapisan ozon berlaku kerana bahan-bahan pencemar seperti CFC bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur.